Customer is Not Always Right! - Pekerja Restoran Beri 3 Tumbukan Padu Pada Pelanggan Wanita Yang Mabuk


MEXICO - Seorang pekerja restoran menumbuk seorang pelanggan wanitanya sebanyak tiga kali di bahagian muka, dalam kejadian Sabtu lalu, lapor Daily Mail.

Pada awalnya, mangsa dihalang oleh tiga pekerja restoran berkenaan. Apabila mangsa dilepaskan, wanita itu kemudian dengan beraninya berdepan semula dengan salah seorang pekerja terbabit yang kemudiannya menerima padah apabila dia ditumbuk. 

Kejadian itu kemudiannya dileraikan oleh beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu. Insiden itu juga menyebabkan salah seorang pekerja restoran tersebut mengancam mencederakan mangsa dengan parang. 

Susulan dari kejadian itu, pihak restoran Taqueria La Guelaguetza telah memecat lelaki yang memukul pelanggannya, malah dua lagi pekerja yang terbabit dalam insiden itu turut dikenakan tindakan disiplin. 

"Kami kesal dengan insiden yang berlaku. Restoran kami adalah tempat awam, insiden keganasan dan yang sewaktu dengannya tidak sepatutnya berlaku. 

"Bagi memastikan keselamatan pelanggan kami di premis ini, kami telah mengambil tindakan terhadap pekerja yang terlibat dalam insiden itu dan pekerja yang menumbuk pelanggan kami juga telah dipecat serta merta," kata pengurusnya, Martin Garcia.

Bagaimanapun, punca kejadian tidak dimaklumkan kepada pihak media. 

Beberapa jam selepas pihak restoran tersebut membuat permohonan maaf, polis tiba di restoran dan menahan beberapa lelaki yang terlibat dalam insiden itu, susulan laporan polis dibuat oleh mangsa. 

Menurut individu yang merakam kejadian itu, Gonzalez berkata, "Saya teringin nak memukul pekerja restoran yang menyerang mangsa. Lalu saya dengan beberapa rakan yang lain berdepan dengan mereka. 

"Namun lelaki itu bersama dengan beberapa rakan sekerjanya dan seorang chef yang memegang parang menyebabkan kami terpaksa mengundurkan diri. 

"Sebelum kejadian itu, mangsa dalam keadaan mabuk telah menghina salah seorang pelayan wanita sebelum memecahkan beberapa pinggan dan menolak beberapa orang yang cuba menenangkannya. 

"Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk memukul wanita," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.