Dua Gumpalan Besar Rambut Ditemui Dalam Perut Wanita

ARIZONE, AMERIKA SYARIKAT - Doktor menemui segumpal besar rambut di dalam perut seorang wanita, yang sebelum itu mengadu perutnya tidak selesa dan kerap kali muntah apa saja makanan yang dimakannya. 

Lapor Buzzfeed, wanita itu tiba-tiba berasa loya dan muntah, serta mengalami sembelit. Malah perutnya membengkak kerana dipenuhi cecair dan gas. 

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan hilang selera makan sejak setahun lalu dan hilang berat badan 6.8 kilogram dalam tempoh lapan bulan lalu. Apabila dimasukkan ke hospital, wanita itu tidak dapat makan apa-apa. 

Berdasarkan BMJ Case Report, ketika doktor melakukan pembedahan pada perut wanita yang berusia 38 tahun itu, merekam menemui dua gumpalan rambut yang besar bersaiz 15 cm x 10 cm di dalam perut dan 4 cm x 3 cm gumpalan rambut di dalam usus kecilnya. 

Gumpalan itu berjaya dikeluarkan dan wanita itu diberikan diet protein bagi memulihkannya. 

Wanita itu dilaporkan menghidap penyakit yang gemar memakan rambut sendiri atau dikenali sebagai Sindrom Rapunzel. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.