Enam Maut, Lima Parah Dalam Kemalangan 4 Buah Kenderaan


KOTA BELUD - Enam maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kampung Pandasan, hari ini. 

Lima penumpang kereta yang lain cedera parah dalam kejadian awal pagi itu. 

Kemalangan itu melibatkan Proton Saga, Proton Gen 2, Toyota Hilux dan Perodua Kancil. 

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi dan 11 anggota dikerahkan ke tempat kejadian. 


"Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian pada jam 6.10 pagi dan masih usaha mengeluarkan dari kereta Proton Saga. 

"Enam mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital yang berada di lokasi kejadian," kata jurucakap bomba.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.  - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.