Generasi Muda Beli Kereta Pertama Mungkin Akan Dikecualikan Cukai Eksais


PUTRAJAYA - Golongan generasi muda di negara ini mungkin akan dikecualikan dari cukai eksais bagi pembelian kereta pertama mereka, menerusi pengumuman Bajet 2017, pada 21 Oktober ini, memetik laporan dari Sin Chew Daily dan Free Malaysia Today

Sekiranya pengecualian itu dilaksanakan, golongan ini boleh berjimat sehingga RM2,000 bagi pembelian kereta pertama mereka. 

Namun, pengecualian cukai eksais itu hanya terhad kepada model-model kereta tertentu yang akan disenaraikan oleh Jabatan Kastam, meliputi kereta nasional dan jenama kereta import. 

Lapor Sin Chew, pengecualian itu membabitkan kereta yang mempunyai CC kecil dan mampu dibeli oleh anak muda. Langkah itu dipercayai hanya akan memanfaatkan kereta nasional dan pemasatang tempatan (CKD), bukannya kereta yang diimport sepenuhnya (CBU).

Ketika ini, kereta nasional, import, mahupun CKD akan dikenakan cukai eksais. Perbezaannya ialah, cukai untuk kereta nasional lebih rendah. Contohnya, Perodua Myvi dikenakan RM400. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.