Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Jalan Licin, Punca Kemalangan Di Jalan Miri-Bintulu


    MIRI - Beberapa buah kenderaan rosak teruk akibat kemalangan di Kilometer 170, Jalan Miri - Bintulu, hari ini. 

    Dalam kejadian pagi kira-kira jam 10 pagi tadi, kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan rosak teruk itu dipercayai berpunca dari keadaan jalan raya yang licin.

    Kemalangan tersebut telah menyebabkan jalan sesak dan menyebabkan pengguna jalan raya yang lain dari kedua-dua arah terpaksa bergilir-gilir untuk melepasi kawasan kemalangan. 





    Berdasarkan sumber dari laman-laman Facebook berasaskan negeri Sarawak, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.