Jangan Beri Anak Tonton Peppa Pig - Pakar Psikologi


Sekumpulan pakar psikologi di Universiti Harvard yang menjalankan kajian mendapati, kartun Peppa Pig adalah salah satu penyebab autism di kalangan kanak-kanak, lapor sumber.

Kartun Peppa Pig ini berjaya mencapai kejayaan yang besar sehingga pelbagai produk seperti mainan, t-shirt dan banyak lagi yang berasaskan karekternya dijual di pasaran. 

Walau bagaimanapun, persoalannya masih sama. Adakah karekter kartun ini membawa kebaikan kepada kanak-kanak? Jawapannya adalah tidak. 

Menurut pakar, ada bukti yang menunjukkan peningkatan tingkah laku yang tidak sopan pada anak-anak selepas menonton kartun seperti Peppa Pig. 

Antara ialah: 
  1. Merasakan dirinya bagus
  2. Tingkahlaku yang tidak baik
  3. Melontar ideanya sendiri tanpa mengira pendapat orang lain
  4. Kurang sopan
  5. Tak bertolak ansur
  6. Tidak menghormati
  7. Iri hari
  8. Sombong
Ada ibu bapa yang mengadu bahawa anak mereka meniru kelakuan Peppa Pig dan adiknya, George, dan sehingga ada yang mengharamkan kartun itu ditonton di rumah mereka. 

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan berhati-hati. Masalah ini bukan sahaja timbul dari Peppa Pig, malah ada juga dipengaruhi oleh kartun yang lain. Sekitar 80% otak kanak-kanak berkembang beberapa bulan selepas dilahirkan sehingga usia tiga tahun. Jika mereka dibiarkan terlalu lama menonton televisyen atau seumpamanya, mereka akan meniru kelakuan karekter yang mereka tonton di televisyen. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.