Kalau Lelaki Tak Bagi 2 Perkara Ini Pada Perempuan, Habislah

Men Are from Mars, Women Are from Venus, menurut seorang penulis buku dan pakar dalam perhubungan, John Gray. Jika lelaki suka menawarkan jalan penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh perempuan ketika dalam perbualan, sebenarnya perempuan tidak begitu minat menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya, mereka lebih gemar untuk bercakap mengenai masalah itu sahaja. 

Itulah sifat seorang perempuan yang adakalanya lelaki tidak akan faham sepenuhnya walaupun sudah berkawan bertahun-tahun lamanya. Untuk memahami wanita ini, tidaklah terlalu sukar jika menurut saudara Mhd Hkm. Lebih-lebih lagi bila hubungan anda di peringkat 'couple'. 


"Perempuan ini sebenarnya, dia bukan nak duit lelaki itu ke, bukan nak barang mahal-mahal ke, bukan nak rumah ke, kereta ke, barang kemas sampai lengan ke, bukan dan bukan. Mereka sebenarnya nak masa dan perhatian daripada kekasih dia. Itu saja. Daripada masa dengan perhatian itulah mereka akan rasa disayangi dan dicintai. 

"Kalau kita ini lelaki, tak bagi dua perkara itu, mulalah mereka akan curious gila pig. Mulalah mereka berfikiran negatif tentang kita. 

"Ada orang lain?!" 

"Persoalan itu adalah persoalan pertama yang terlintas di fikiran mereka. Mulalah adegan bergaduh itu ini, mulalah berkasar antara satu sama lain, mulalah keluar perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. 

"Jadi kalau ye pun, cubalah beri masa dan perhatian pada kekasih walau anda sibuk macam mana sekali pun. Even a simple good morning and good night pun sudah cukup.

"Kesimpulannya, lelaki luangkanlah sedikit masa dan perhatian pada pasangan anda," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.