Kantoi Bawa Isteri Orang Keluar Tanpa Kebenaran, Lelaki Acu Pistol Pada Si Suami


ALOR SETAR - Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan polis selepas terbabit dengan ugutan jenayah membabitkan penggunaan senjata api dalam pergaduhan Jumaat lalu, lapor Harian Metro

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 36 tahun itu ditahan sebaik saja mereka menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas, jam 9 malam.

Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan. 

Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, suspek disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30'an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari. 

"Perkara itu akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang sebelum berlaku pertikaian dan pergaduhan di antara suspek dengan suami kepada wanita berkenaan. 

"Seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah suami," katanya. 

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan. 


Siasatan awal polis mendapati, lelaki berkenaan adalah kakitangan Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah syarikat GLC. 

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

No comments

Powered by Blogger.