Kepala Bocor Terkena Kaca Akuarium


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak luka di bahagian kepala akibat terkena kaca akuarium di kediamannya  di Taman Sri Rampai, Selesa, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 8 tahun, mengalami pendarahan teruk sehingga menyebabkan badannya berlumuran darah. 

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa terjatuh dan kepalanya terlanggar akuarium yang diletakkan di lantai rumah. 


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 tengah hari, segera mengerahkan sepasukan anggota Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dang Wangi pergi ke tempat kejadian. 

Anggota penyelamat terpaksa memberi bantuan awal untuk memberhentikan pendarahan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.