Kereta Nyaris Dilarikan 2 Lelaki Menyamar Sebagai Pihak Berkuasa

PUTRAJAYA - Seorang lelaki nyaris menjadi mangsa dua individu yang menyamar sebagai pihak berkuasa yang kononnya mahu memeriksa kenderaannya yang disyaki kereta klon. 

Bagaimanapun, tindakan cerdik dan pantas mangsa yang menghubungi polis menyebabkan mereka gagal berbuat demikian. 


11 Oktober 2016, berhampiran ASNB Putrajaya, saya didatangi oleh seorang lelaki (Cina, 20-30'an) yang menaiki kereta jenis Honda City berwarna putih, nombor pendaftaran BNL4128, cermin gelap. 

Saya ternampak ada seorang lagi lelaki (India, 20'an, kurus) yang duduk di bahagian penumpang belakang memberikan arahan kepada lelaki Cina berkenaan. 

Mereka mendakwa kereta yang dipandu oleh saya adalah kereta klon dan meminta untuk membuat pemeriksaan enjin. Terus saya meminta kad kuasa mereka, tetapi mereka gagal berbuat demikian menyebabkan saya juga enggan memberikan sebarang kerjasama. Lalu saya menyarankan agar masing-masing pergi ke balai polis terdekat untuk membuat pengesahan. 

Oleh kerana saya kurang arif dengan kawasan Putrajaya, mereka mengarahkan saya mengikut kereta mereka dari belakang. Malah, mahu salah seorang rakan mereka duduk di dalam kereta saya. Sudah tentu saya tidak bersetuju dengan cadangan mereka. 

Saya masuk dalam kereta dan memandu dengan perlahan di belakang mereka. Dalam masa yang sama saya menghubungi talian 999 dan disambung kepada polis. Pegawai yang bertugas pada ketika itu mengesahkan bahawa kenderaan yang digunakan oleh dua individu itu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan menasihatkan saya agar berhenti di mana-mana sementara menunggu polis tiba di lokasi. 

Saya buat Pusing U, namun mereka pantas mengejar saya semula. Saya berikan isyarat yang saya akan berhenti sekiranya mereka juga berbuat demikian. Bagaimanapun, mereka terus melarikan diri. 

Saya telah membuat laporan polis berhubung kejadian ini di IPD Putrajaya. Menurut pemeriksaan pihak polis mendapati, nombor pendaftaran tersebut didaftar di bawah nama seorang lelaki Melayu di Kuantan. Namun, nombor yang didaftarkan bukan pada kereta Honda City.

Saya terkejut, kejadian ini berlaku di siang hari. Malah pada hari kejadian. - Eric Ee 

Orang ramai dinasihatkan agar tidak memberi kebenaran kepada mana-mana individu yang mengaku mereka mahu memeriksa kereta anda sekiranya mereka tidak mempamerkan kad kuasa, bagi mengelakkan kes kereta disamun. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.