Lelaki Di'paw' Teruk Seawal Perkenalan Pertama - Every Girl Should Read This, Seriously!


Oleh Fakhruddin

BUDAYA YANG PATUT DIPADAMKAN

Beratnya menjadi lelaki. Di sebalik mereka (perempuan) melihat setannya perangai lelaki-lelaki, mudahnya menjadi lelaki boleh kahwin empat, mudahnya lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat, orang perempuan terlupa untuk pandang sesuatu yang hari ini telah membunuh lelaki dalam senyap.

Untuk pengetahuan semua perempuan, jadi lelaki ini nampak mudah kerana bebanan mereka semua disimpan kemas dalam hati dan digantikan pula dengan senyuman yang acah-acah tiada masalah. Lelaki di Malaysia telah dikerah gila-gila seawal perkenalan dengan perempuan. Entah budaya orang gila mana yang buat yang mana lelaki perlu menjadi 'bank' bagi perempuan sebelum berkahwin. Kononnya lelaki pergi bersikap gentleman. 

"Gentleman kepala zionis kau!" 

Lelaki di'paw' teruk seawal perkenalan pertama. Mula bercinta, setiap kali makan di luar, setiap kali berjalan bagaikan lelaki digalakkan untuk sponsor perempuan. Full sponsor, gentlemanlah konon. Padahal belum tentu akan menjadi hak milik. 

Kau bayangkan lelaki nak keluar untuk berkenalan pun kadang-kadang terpaksa bekerja 2, 3 hari untuk buat duit belanja, semata-mata nak keluar dengan kau. Dan kau pula perempuan, cuma dengan sengih sahaja sudah cukup untuk keluar pada sesi perkenalan. 

Bila sudah mula serius berkenalan, masuk ke bahagian bertunang. Lelaki mula berkira-kira duit gaji, tengok ibu dan ayah pula bukan orang senang. Maka bermulalah edisi kumpul duit gaji dan bekerja keras. Nak lepaskan trend tunang style meriah punya pasal. Konon gentleman dan romatik! 

Kerjalah siang dan malam si lelaki untuk ikat si perempuan. Perempuan pada waktu itu hanya pegang pada janji lelaki yang ingin mengikat dia menjadi tunang. Tinggal nak pilih pakaian cantik ala princess dan lelaki hulur duit bayarkan guna duit berhempas pula kerja. 

Dibisikkan pula, hantaran nak sebanyak RM10,000. Ternganga sebentar si lelaki. Ah! Demi kau perempuan, demi cinta. Teruslah lelaki mengelabah mencari kerja yang kedua. Sehari buat dua tiga kerja semata-mata untuk menghalalkan kau. Berpeluh-peluh lelaki, kadang-kadang sampai jatuh sakit nak menghalalkan kau punya pasal. 

Akhirnya dapat kumpul. Selepas berkotor tangan, bersepah peluh, kau pula perempuan, pada waktu itu sedang sibuk mencari apa-apa yang cantik, sedang bahagia terbayang nak menjadi princess.Nak jadi cantik gila pada waktu itu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.