Lelaki Ini Buat Pengakuan Yang Mengejutkan Dalam Siaran Langsung


TURKI - Ini adalah saat ketika seorang lelaki mengakui bahawa dia telah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, ketika disoal oleh pengacara televisyen, lapor Daily Mail.

Himmet Akturk sebelum ini bersetuju untuk muncul dalam program televisyen Turki yang pakar dalam menyiasat masalah keluarga. 

Meskipun terkejut, pengacara program tersebut, Muge Anli, tetap cuba mendapatkan maklumat daripada Akturk mengenai kanak-kanak yang telah menjadi mangsa kekejaman lelaki itu. 

Irmak Kupal, 4, sebelum ini dilaporkan hilang ketika bermain di luar rumahnya di daerah Alasehir. 

Setelah diajukan dengan pelbagai soalan dan tekanan, akhirnya Akturk mengalah dan mengaku bahawa dia bertanggungjawab di atas kematian kanak-kanak yang tidak berdosa itu. 

Akturk kemudian ditahan dan dibawa ke balai untuk diambil keterangannya mengenai pengakuannya itu. 

Menurut laporan polis, Akturk telah merogol, mencekik dan menanam mayat mangsa. 

Pada awalnya, Akturk telah meletakkan mayat mangsa dalam karung dan dibuang dalam tong sampah. Namun, apabila dia mendapati tong sampahnya tidak dikosong pada hari berikutnya, dia mengambil semula mayat mangsa dan ditanam di sebuah ladang yang berhampiran.

Kelibat Arturk membuang bungkusan yang mengandungi mayat mangsa


Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Akturk, polis mula melakukan pencarian mayat mangsa dan berjaya menemuinya selepas dua hari kemudian. Polis juga turut menemui rambut dan darah yang dipercayai milik mangsa di rumah Akturk. 

Lokasi mayat mangsa ditanam

Mangsa ditemui di sebuah ladang berhampiran kediaman Himmet Arturk

Kasut milik mangsa ditemui di tempat kejadian

Video rakaman CCTV yang menunjukkan kelibat Akturk membuang mayat mangsa juga akan digunakan sebagai bukti pendakwaan di mahkamah kelak. 

Ibu Irmak Kupal

Difahamkan, semasa laporan awal kehilangan mangsa, polis telah menjalankan operasi pencarian tetapi dibatalkan setelah dimaklumkan bahawa mangsa tidak mungkin dapat berjalan jauh berikutan keadaan genetik kakinya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.