Lelaki Potong Zakarnya Sendiri Selepas Tertekan Dipaksa Kahwin


SHARJAH - Tidak tahan dengan desakan anggota keluarga yang mahu dia berkahwin lagi, seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak memotong kemaluannya sendiri, dalam kejadian 9 hari yang lalu, lapor Gulf News.

Kejadian itu berlaku apabila ibu bapa lelaki berketurunan asia itu memaksanya berkahwin lagi walaupun dia sudah mempunyai isteri yang menetap di negara asal mereka. 

Tertekan dan marah dengan keadaan itu, mangsa mengambil pisau dan terus memotong kemaluannya sendiri. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Al Qasimi, oleh saudara lelakinya bersama dengan kemaluannya yang telah dipotong. 

Dalam pembedahan yang berlangsung selama tiga jam, doktor berjaya menyambung semula kemaluan mangsa. 

Difahamkan, mangsa enggan menjalani pembedahan itu. Namun akhirnya mangsa bersetuju setelah dipujuk doktor dan saudara lelakinya itu. 

Menurut Doktor Younis Al Shamsi berkata, mangsa berkemungkinan menghidap masalah mental sehingga mendorong diri mangsa untuk mengambil tindakan diluar jangkaan itu.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis dan mangsa akan disoal siasat selepas keluar dari hospital.  - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.