Mayat Mohd Shukri Ditemui

Mayat Mohd Shukri ditemui nelayan pada tiang jambatan P88 | Foto - Netizen

NIBONG TEBAL - Mayat Mohd Shukri Saad, 38, yang dilaporkan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Rabu lalu, telah ditemui pada jam 9 pagi tadi, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat Mohd Shukri ditemui oleh nelayan pada tiang P88 jambatan berkenaan, empat kilometer dari lokasi kejadian. 

"Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang.

"Mayat akan dihantar kepada pihak hospital untuk bedah siasatan dan pengecaman," katanya. 

Beg sandang milik Mohd Shukri berisi batu konkrit | Foto - Netizen
Berdasarkan gambar perkongsian dari netizen di media sosial, beg sandang yang dipakai oleh Mohd Shukri diisi dengan batu konkrit yang dipercayai digunakan sebagai pemberat. 

Rabu lalu, Mohd Shukri dilaporkan telah terjun dari jambatan berkenaan dan sempat meninggalkan 'surat terakhir' bagi isteri dan ahli keluarga di laman Facebook. - The Reporter

Artikel berkaitan:

No comments

Powered by Blogger.