Padah Berhutang, Kafe Hancur Dikerjakan Ah Long


SERI KEMBANGAN - Video sekumpulan lelaki yang dipercayai Ah Long, membawa parang dan tukul memusnahkan sebuah kedai, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 14 Oktober itu, tiga lelaki yang memakai topeng muka itu bertindak memecahkan pintu kaca Carbenter Showroom Cafe dan memberi amaran kepada para pelanggan yang ada agar tidak mencampuri urusan mereka. 

Mereka kemudiannya memecahkan segala peralatan kaca, televisyen dan menterbalikkan kerusi meja kedai tersebut. Malah, mereka turut membaling cat merah di papan tanda kedai sebelum beredar dari tempat kejadian.


Menurut beberapa sumber di Facebook berkata, ramai individu yang telah menjadi mangsa penipuan pemilik kedai tersebut. 

"Ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan pemilik kedai ini yang mengambil duit mereka dan melarikan diri. Mereka bukan mangsa keadaan, selayaknya mereka menerima akibatnya," kata sumber. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.