Pakar Kung Fu Kantoi Menipu Dalam Siaran Langsung


HAWAII - Memalukan! Itulah gambaran saat ketika seorang pengacara televisyen secara tidak sengaja membongkarkan penipuan seorang pakar kung fu dalam siaran langsung.

Anchor Steve Uyehara, pengacara Hawaii News Now, telah menjemput seorang pakar Kung Fu Shaolin, Bruce Silve, yang akan menunjukkan kehebatannya dalam program berkenaan. 

"Saya akan pecahkan papan konkrit ini dengan gelas kaca tanpa memecahkan gelas ini," katanya kepada Uyehara. 

Silva meletakkan empat jari tangan kanannya dalam gelas itu lalu memecahkan batu konkrit itu dengan jayanya. 

"Menakjubkan!" kata Uyehara. 

"Secara jujurnya, ini adalah papan konkrit yang betul" katanya sambil menekan-nekan papan tersebut untuk menunjukkan betapa kerasnya objek tersebut. 

Malangnya tindakan lelaki itu menyebabkan papan konkrit tersebut pecah begitu sahaja tanpa sebarang tekanan yang kuat. Kejadian itu menyebabkan Uyehara tergamam seketika sebelum ketawa tanpa henti. 


"Bagaimana awak melakukannya?" soal Silva yang dilihat berpura-pura terkejut. 

Bagaimanapun pada aksi seterusnya, Silva melarang Uyehara menyentuh papan konkrit itu lagi. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.