Pelajar Junior Dibayar RM3 Untuk Puaskan Nafsu Songsang Senior


KOTA BHARU - Seorang pelajar senior maahad tahfiz di Pasir Puteh menjadikan seorang pelajar junior berusia 8 tahun sebagai mangsanya untuk melakukan seks oral dengan upah RM3 bagi memuaskan nafsu jijiknya itu. 

Lapor Sinar Harian, pelajar senior yang berusia 13 tahun itu telah mengajak mangsa melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali pada jam 5.30 petang pada 10 dan 11 Oktober lalu di dalam sebuah bilik stor di bangunan sekolah berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, dalam kejadian pertama, mangsa hanya diajak melakukan seks oral tanpa sebarang bayaran. Namun pada keesokkan harinya, mangsa diajak melakukan perbuatan itu sekali lagi dan ditawarkan dengan upah RM3. 

"Ketika itu mangsa baru selesai makan di kantin, dihulurkan RM3 oleh suspek sebelum mengikut mangsa bersama-sama masuk ke sebuah stor. 

"Bagaimanapun kejadian itu terbongkar selepas 11 hari kemudian, susulan mangsa yang kebetulan mengalami demam ketika diziarahi oleh ahli kelaurganya di sekolah itu. 

"Seorang kawan mangsa yang mengetahui tentang perbuatan suspek, menceritakan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Terkejut dengan kejadian itu, mereka kemudian mendesak mangsa menceritakan kejadian itu. Pada mulanya mangsa memaklumkan bahawa dia diliwat," kata Mohamad Fakri. 

Susulan itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan membawa mangsa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan koyakan atau liwat seperti yang didakwa.

No comments

Powered by Blogger.