Pelanggan Saman KFC $20 Juta Kerana Buat Iklan Palsu


NEW YORK - Kecewa hidang yang diterima tidak sama seperti yang ditunjukkan pada iklan, seorang wanita memfailkan saman sebanyak AS$20 juta (RM83 juta) terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana pengiklanan palsu.

Lapor CBS Local, Anna Wurtzburger, 64, mendakwa KFC telah menipu 'pelanggan yang sedang lapar' dengan iklan 'KFC Bucket' yang menunjukkan bekas dengan ayam yang melimpah keluar (penuh bucket). 

Sedangkan, ketika memesan hidangan itu, Anna hanya menerima separuh daripada jumlah ayam goreng yang diiklankan. 

Berdasarkan iklan, iklan KFC tersebut hanya menyatakan bahawa bucket tersebut mengandungi lapan ketul ayam dan kuantitinya adalah sama seperti yang dipesan oleh Anna. 

Bagaimanapun, Anna tetap bertegas bahawa iklan KFC itu adalah palsu dan telah menipu pelanggan. 

"Mereka menunjukkan bekas yang dilimpahi dengan ayam. Saya hanya mendapat separuh dan ia tidak seperti yang ditunjukkan dalam iklan. Itu adalah iklan palsu!" kata Anna. 

Sementara itu, KFC menganggap dakwaan Anna itu tidak masuk akal dan bercadang meminta pihak mahkamah untuk menggugurkan saman tersebut. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.