Putus Kaki Depan Sekolah


MUAR - Seorang wanita putus kaki kanan akibat dirempuh dan digilis kereta di depan sekolah, petang semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Ida Suryanti Yunus, 46, dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari kelas tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti. 

Malangnya, motosikal yang dinaiki oleh mangsa dirempuh dan diseret kereta jenis Honda City dari arah bertentangan menyebabkan kaki kanannya terputus dari betis. 

Mangsa yang dalam keadaan sedar dibawah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Jurucakap HPSF mengesahkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.