'Saya Tak Gilakan Harta & Tak Pernah Abaikan Suami'

Hati siapa yang tidak terkilan bila mana ibu mertua sendiri melemparkan fitnah yang tidak berasas sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan emosi. Lelaki yang disayangi dan dicintainya selama ini, tetap dijaga meskipun suaminya kini hanya terbaring kaku selepas terlibat dalam kemalangan.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Eyra dan keluarganya untuk membantu memulihkan suaminya, Haidar. Sehinggalah suatu hari ibu mertuanya meminta Haidar di bawah ke rumahnya untuk dirawat oleh tukang urut. Namun siapa sangka, bermula dari situlah segala episod yang tidak diinginkan.


Assalamualaikum. Bukan niat untuk meluahkan perasaan di sini, tetapi izinkan saya memberi penjelasan. Saya tahu saya tidak perlu bercerita tetapi tahukah anda, semua fitnah dan tanggapan orang yang salah terhadap saya telah sedikit sebanyak menganggu emosi saya? 

Memang benar saya tidak lagi menjaga suami saya yang sakit semenjak dua bulan yang lalu. Tak ada niat sebesar kuman pun di hati ini untuk mengabaikan tanggungjawab saya kepada suami, apatah lagi memisahkan anak saya dari ayahnya. 

Saya telah dipujuk oleh ibu mertua untuk membawa suami ke rumahnya selama seminggu kerana mereka mahu memberi rawatan kepadannya. Kononnya nak panggil tukang urut berdekatan untuk mengubati suami. Genap seminggu, keluarganya menghalang saya mengambil suami saya pulang bersama dan mengatakan bahawa saya tiada hak ke atas Haidar kerana saya hanyalah seorang isteri. Yang lebih berhak, adalah ibunya. Malah, ibu mertua mengaku sudah berhenti kerja untuk menjaga Haidar sepenuh masa dan meminta semua duit gaji dan kereta Haidar. 

Saya pasrah, cuba berbincang beberapa kali tetapi gagal. Saya tetap dihalang untuk membawa Haidar pulang. Saya tetap cuba melawat Haidar beberapa kali, tetapi saya dituduh membuang suami sendiri. Hancur hati ini bila segala usaha saya untuk memulihkan Haidar sia-sia begitu sahaja. Saya tidak berdaya nak membantu Haidar. 

Tidak perlu saya menceritakan keadaan Haidar sekarang, siapa yang sudah melawatnya pasti tahu. Saya hanya berserah kepada Allah agar diberikan kekuatan menempuh ujian ini. Doa untuk Haidar kembali pulih tidak pernah putus. 

Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang memahami dan banyak membantu saya. Saya perlu kuat demi Hana Sofia. 

Saya sertakan beberapa gambar rawatan untuk Haidar agar tiada yang menuduh saya tamak duit dan harta Haidar bagi kegunaan saya sendiri. Selepas ini, tolong jangan memfitnah saya lagi. Tolong beri ketenangan sedikit untuk saya dan dengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak. Yang menanggung semua ini adalah saya, tak perlu menyalahkan saya dengan apa yang terjadi. - Eyra









"Respon terakhir Haidar semasa saya menjaga dia. Alhamdulillah dia dah boleh makan. Tetapi selepas family dia ambil alih, bila saya beritahu yang doktor suruh ajar Haidar makan ikut mulut, malangnya ibu mertua kata saya gila sebab bagi pesakit kronik makan ikut mulut. Allah, saya bukan nak membunuh suami saya. Doktor kata boleh ajar sikit-sikit, kemudian kita ikutlah untuk stimulate otak dia supaya dia tahu mengunyah. Dengan itu, doktor tak perlu menebuk ususnya untuk makan melalui usus perut.

"Tetapi sekarang dah tak boleh makan rasanya. Dah tak ada respon. Bila panggil pun tak mencari dah. Dah tak peka dengan keadaan sekeliling," kata Eyra.

Bergenang air mata membacanya, betapa tabahnya wanita ini menghadapi ujian ini. Semoga Eyra diberikan kekuatan dan ketabahan untuk melalui semua ini. Semoga Haidar akan kembali pulih seperti sediakala dan disatukan kembali dengan Eyra dan anaknya, Hana. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.