'Saya Tak Sanggup Dipenjarakan, Maafkan Abang, Azianti...' - Surat Terakhir Suami Sebelum Terjun Bunuh Diri


GEORGETOWN - Tertekan dengan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap dirinya berhubung kes rokok dan hutang dengan rakan-rakannya, seorang lelaki mengambil jalan untuk membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, pagi tadi. 

Mangsa, Mohd Shukri Saad, 39, telah memuat naik 'surat' luahan yang panjang lebar di laman Facebook, sebelum berbuat demikian. 



Difahamkan, mangsa pernah dikenakan tindakan undang-undang berhubung kes penjualan rokok murah pada tahun 2012. Namun tarikh perbicaraan dijadualkan semalam di mahkamah. Namun ditundakan atas sebab yang tidak dinyatakan. 

Mohd Shukri mengaku perbuatannya itu salah, tetapi mempertikaikan hukuman yang dikenakan terhadapnya dan mula menyalah kerajaan di atas apa yang berlaku. 

Tertekan dengan apa yang berlaku, Mohd Shukri mengambil keputusan untuk 'mengorbankan' dirinya dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang dan menyatakan sebelum ini juga dia kerap bermimpi dirinya lemas di lautan. 

Dalam surat itu juga Mohd Shukri meminta orang ramai tidak mengecam isteri dan anaknya di atas perbuatannya itu. Malah, meminta orang ramai mengambil berat akan mereka berdua apabila dia sudah tiada. 

Mohd Shukri juga sempat memohon maaf pada isterinya Nur Azianti doi atas segala kesusahan yang ditimbulkannya selama ini.

Lapor Harian Metro, mangsa dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, jam 8.30 pagi tadi. 

Mangsa meninggalkan sebuah motosikal jenis Modenas dan telefon bimbit di atas jambatan sebelum terjun. 

Sehingga kini, 12 pegawai dan anggota Bomba dari Balai Bomba Sungai Bakap serta Unit Marin Bomba sedang mencari mangsa. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.