Sempat Berkhalwat Ketika Berkursus

Gambar hiasan sahaja | Google Images
JOHOR BAHRU - Seramai tujuh pasangan ditangkap berkhalwat dalam Ops Banteras Diwali di lima buah hotel bajet di sekitar Kulai, awal pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam serbuan yang oleh 20 anggota penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 3 pagi itu turut disertai wakil daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). 

Pelbagai alasan yang diberikan oleh semua pasangan terbabit bagi mengelakkan diri ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat. 

Salah seorang pelajar sebuah kolej berusia 23 tahun juga tergamak mengaku bukan beragama Islam selepas diberitahu melakukan kesalahan khalwat bersama pasangannya berusia 24 tahun yang bekerja di Singapura. 

Dalam operasi itu juga, sepasang kekasih berstatus duda dan janda turut ditahan kerana didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel. 

Lelaki berusia 45 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu mengakui datang ke Johor bagi menghadiri sebuah kursus. Malah, dia memberitahu yang dia dalam perancangan untuk mengahwini pasangannya yang berusia 48 tahun, pada Disember ini. 

Kesemua pasangan yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sebelum dibawa ke pejabat JAINJ untuk tindakan lanjut. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.