'Tak Sangka Dia Tergamak Bertindak Sedemikian...'


KUALA TERENGGANU - Pilu rasa di hati selepas mengetahui status sebenar lelaki yang mahu dikahwininya itu terbongkar di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu, ditambah pul dengan perkhabaran yang abangnya mati ditikam oleh lelaki terbabit, lapor Harian Metro.

Azlina Husin, 27, tidak dapat menahan sebak sebaik saja dibenarkan melihat jenazah abangnya, Muhamad Shukri Husin, 34, yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 7.30 malam tadi. 

"Saya tidak menyangka, dia yang berperwatakan lembut selama ini tergamak bertindak sedemikian terhadap abang saya. 

"Sebelum ini dia kelihatan tenang apabila saya mahu hubungan kami ditamatkan sebaik saja status perkahwinannya terjawab. Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang saya mati ditikam lelaki itu," katanya. 

Jenazah Muhammad Shukri Husin akan dikebumikan sebaik tiba di kampung halaman isterinya yang terkini sedang hamil anak sulung mereka. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.