Tangki NGV Meletup, Seorang Maut

Gambar - @didreid
JOHOR BAHRU - Seorang pekerja stesen minyak di Mount Austin, maut apabila tangki untuk mengisi gas NGV di stesen berkenaan meletup, petang tadi, lapor Sinar Harian

Dalam kejadian jam 2.55 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Mazlan, 33, berada berdekatan dengan tangki tersebut sebelum tercampak beberapa meter dari kawasan letupan. 

Menurut Ketua Operasi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Setibanya di lokasi kejadian, memang terdapat kebakaran di bahagian belakang stesen minyak dan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum diberi rawatan pertolongan cemas," katanya. 

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

No comments

Powered by Blogger.