Tergamak Layan Pembantu Rumah Begini


JAKARTA - "Pembantu rumah sebahagian dari hidupmu, cerminkanlah kemanusiaanmu," demikian kata status Michael Fanny yang dimuat naik pada 23 September, trending di seluruh dunia. 

Menurut Michael, seorang pembantu rumah wanita tidak diajak makan bersama dengan majikan dan keluarga, malah dia disuruh duduk bersendirian di meja berhampiran. 

"Bayangkan anda berada di tempatnya. Tak diajak makan, mata melihat sekeliling, mereka (majikan dan keluarga) makan, sedangkan dia menelan air liur sahaja," katanya. 

Gambar yang dimuat naik itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang marah, ada yang kecewa namun ramai yang mendakwa perkara seperti ini selalu terjadi. Namun apakan daya, yang merasa hanyalah pembantu makan gaji, terpaksa mengikut arahan majikan. Yang melihat keadaan seperti itu, terpaksa membisu kerana mahu mengelak mencampuri urusan orang lain. 

Bagi Michael, adalah tidak wajar melakukan pembantu rumah seperti itu. 

"Hidup ini bukan tentang untung rugi, bukan tentang milik sendiri.  Tetapi dengan berbagi sedikit yang kita punya, kita sudah mencintai tuhan kita masing-masihg. Hormatilah pembantu rumah kita. Kehidupan ini lahir dari memberi," katanya. 

Meskipun ramai yang mengecam tindakan majikan, Michael meminta netizen jangan menghakimi majikan pembantu rumah berkenaan. 

"Tolong jangan menghakimi majikan tersebut. Kita boleh ambil nilai positif dan buang nilai negatif dari perkara ini. Bahawa hidup seharusnya murah hati dan jangan pernah ada perasaan benci sesama kita. Kasihanilah sesama kita walaupun siapa pun dia," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.