Tweet Balas MAS Cetus Pelbagai Reaksi Netizen


PUTRAJAYA - Kecoh di laman Twitter, tweet rasmi Malaysia Airlines (MAS) menjadi tanda tanya netizen, apakah mereka kekurangan data internet untuk melihat gambar yang ditweet oleh pelanggannya mengenai beg yang rosak. 

iHeidi (@hidyharis), memuat naik gambar bagasi berwarna pink miliknya telah pecah dengan kapsyen,

"Terima kasih @MAS untuk memori ini," katanya. 

Bagaimanapun, tanpa memeriksa terlebih dahulu, MAS telah membalas tweet iHeidi. 

"We're glad we can be part of this memory! Have a pleasant day ahead!" tweet MAS. 

Menurut iHeidi, sejak hari pertama tiba di Osaka dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan MAS, bagasinya telah mengalami keretakan sikit. Keadaan itu bertambah teruk lagi apabila pulang ke Malaysia. 

Respon netizen.



Tampil beberapa netizen memberikan penjelasan bahawa apa yang berlaku pada beg iHeidi, bukan salah MAS tetapi pihak MAB yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. 

"Bukan beg awak seorang sahaja yang mereka perlu jaga. Satu pesawat, ada berapa banyak beg? Satu hari ada berapa pesawat yang perlu diuruskan? 

"Tambahan, ini bukan salah MAS tetapi MAB. Orang-orang kerja airport yang baling-baling beg awak, bukan kakitangan MAS yang buat," jelas Nadhirah Omar.

Bagaimanapun, tweet balas dari MAS itu difahamkan telah dipadamkan sejurus ia menjadi perbualan di laman berkenaan.


Sementara itu, MAS melalui laman Twitternya memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku dan akan menghubungi wanita berkenaan berhubung perkara tersebut. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.