(Video) Anak Maut (Patah Tulang Leher) Ditimpa Bapa Ketika Bermain 'Kereta Api'


CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas ditimpa oleh bapa kandungnya sendiri ketika bermain 'kereta api' di sebuah pasar raya, lapor China Press.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan patah tulang leher selepas kepala dan lehernya ditimpa oleh bapanya yang hilang imbangan ketika bermain. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya tersebut menunjukkan, kedua-dua anak beranak itu bermain 'kereta api' sebelum kejadian. 

Pekerja pasar raya yang berhampiran segera mengangkat lelaki itu dan mendapatkan mangsa. Namun mangsa sudah tidak sedarkan diri. 

Wanita itu kemudian menyerahkan mangsa kepada bapanya sementara dia pergi mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, tindakan lelaki itu yang mendukung mangsa dalam keadaan yang tidak sepatutnya, dipercayai telah menambahkan lagi kecederaan dalaman pada anaknya. 

Mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati mangsa telah meninggal dunia dan kematiannya berpunca dari patah tulang leher akibat tekanan yang kuat pada kepala dan dadanya. Selain itu, mangsa juga mengalami kecederaan dalaman yang lain. 

Doktor memberikan peringatan kepada ibu bapa, sekiranya berlaku insiden seperti ini, ibubapa dinasihatkan tidak menyentuh mangsa kerana ia akan menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Sebaiknya, ibu bapa menunggu bantuan dari pasukan perubatan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.