(Video) Landak Tanpa 'Duri' Ini Trending Di Media Sosial


UNITED KINGDOM - Seekor landak kecil yang kehilangan durinya menjadi trending selepas beberapa gambarnya di muat naik di media sosial oleh pusat perlindungan haiwan.

Landak yang diberi nama Nelson ini, dibawah jagaan Foxy Lodge Wildlife Rescue di UK bersama dengan beberapa haiwan istimewa yang lain seperti serigala buta dan anak kucing, lapor Eastern Daily Press. 

Memandangkan landak jantan ini 'bogel'. sukarelawan memberikan urutan kepadanya dengan mengguna losyen bagi mengelakkan kulitnya menjadi kering. 


Nelson menjadi trending di media sosial selepas beberapa gambarnya dimuat naik. Bagi netizen, keunikkan landak ini membuatkan netizen memikirkan sesuatu yang 'lain'. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.