Memang Sah Peniaga Sembur Pewarna Pada Udang Kering!


KOTA KINABALU - Susulan viralnya video dua lelaki yang didakwa menyebur pewarna pada udang kering untuk dijual, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melakukan pemeriksaan terhadap dua individu berkenaan, lapor Harian Metro

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Abdul Mukti Muchlish berkata, anggotanya dari Jabatan Kebersihan dan Kesihatan Persekitaran DBKK terus membuat siasatan sejurus menerima maklumat.

Hasil pemeriksaan mendapati, peniaga berkenaan menggunakan pewarna makanan berwarna oren untuk menjadikan udang kering kelihatan kemerahan sebelum dibungkus dalam plastik dan dijual kepada pelanggan. 

Bahan pewarna | Foto Harian Metro
"Pemeriksaan mendapati, lelaki terbabit menggunakan pewarna makanan yang dibenarkan. Namun, perbuatan mewarnakan udang kering itu adalah satu bentuk penipuan kepada pelanggan. Kita sudah menyerahkan kes ini untuk tindakan lanjut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya. 

DBKK juga turut mengenakan kompaun terhadap peniaga berkenaan mengikut Undang-Undang Kecil Anti Sampah DBKK, kerana berniaga di kaki lima kedai. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.