(Video) 'Nasib Baik Aku Nampak, Kalau Tak Dah Jadi Lauk 2 Lelaki Vietnam'


Malam ini, saya rasa marah semarahnya, perasaan sedih pun ada. Moga perkongsian ini dapat membuka hati pembuang kucing tegar. 

Sebelum ini, tauke ayam di Kipmart Masai selalu beritahu ada warga Vietnam ambil kucing di pasar. Mesti tahu kan kalau dah Vietnam ambil untuk apa? Untuk bela, jaga dan rawat? Langsung tidak! Sebaliknya mereka jadikan haiwan comel ini sebagai lauk sebenarnya.  

Hari ini, saya nampak dengan mata saya sendiri. Keluar dari Kipmart, saya nampak ada dua orang lelaki di bawah ceruk pokok tengah buat sesuatu. Hati tak sedap lalu berpatah balik. Apa yang saya nampak ialah, dua lelaki warga Vietnam. Salah seorangnya sedang sibuk menghubungi seseorang dan seorang lagi tengah beri kucing makan sambil leher mencekak leher kucing berkenaan. 

Dua lelaki warganegara Vietnam yang didakwa cuba menangkap dua ekor kucing untuk dijadikan lauk.

Bila saya turun dari kereta, salah seorang bertanya apakah saya ini pemandu Uber? Rupa-rupanya mereka sedang deal dengan Uber. Seorang lagi sedang khusyuk mencekak leher kucing itu sambil memberinya 'wet food'. Di sebelahnya pula ada sebuah kotak yang sudah dibungkus rapi.

Saya dah tahu apa yang mereka cuba lakukan dan mula memarahi mereka bertalu-talu. Dua warga Vietnam itu mendiamkan diri dan beri alasan mahu membela kucing tersebut. Bela dalam 'perut' mereka. 

Saya terus rampas kucing betina yang dipegang mereka. Malah, kotak yang telah ditutup rapi itu pun saya rampas dan simpan dalam kereta. Saya tahu di dalamnya ada seekor kucing. Sudahlah tiada lubang udara untuk kucing itu bernafas. 

Saya tunggu dua lelaki itu berambus dan kemudian saya bawa balik dua ekor kucing ini. Tengoklah, apa yang berada dalam kotak ini. 

Pada manusia yang hobinya menternak kucing kampung dan kemudian buang di pasar bila sudah besar atau dah hilang kasih sayang, tengoklah sendiri. Jika kucing-kucing ini tidak mati kebuluran atau dilanggar, pasti kucing yang anda buang itu akan menjadi santapan lauk pemakan kucing ini. 


Salah seekor kucing yang berjaya diselamatkan dari dua lelaki warga Vietnam berkenaan.
Mujur kucing-kucing ini sempat diselamatkan. Jangan kata, 

"Alaa, binatang saja pun..."

Ingatlah, binatang itu pun ada nyawa. Sekarang musim hujan, akan lebih banyak lagi kucing yang akan menjadi santapan orang-orang seperti ini. Saya difahamkan, daging kucing dan anjing ini panas. Jadi, berhati-hatilah. - Mizunieyta Izuha | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.