(Video) Padah Menghina Raja, Wanita Dipaksa Melutut Depan Potret Mendiang Raja Bhumibol


BANGKOK - Seorang wanita yang dituduh menghina mendiang Raja Thailand dipaksa melutut di hadapan potret mendiang Bhumibol, di luar sebuah balai polis di Pulau Samui selepas ratusan orang mendesak wanita itu meminta maaf. 

Difahamkan, Umaporn, pemilik sebuah kilang susu soya itu didakwa telah memuat naik komen yang menghina mendiang Raja Thai, Ahad lalu di media sosial. Namun, laporan media yang lain mengatakan bahawa Umaporn sebenarnya mengkritik anak mendiang Raja Thai, Putera Vajiralongkorn.

Ekoran itu, ramai yang pihak berkuasa menangkap dan mengambil tindakan terhadap wanita itu. 


Bertindak di atas aduan orang awam, polis telah menahan wanita berkenaan. Lebih kurang 500 orang berhimpun di hadapan balai polis, mendesak Umaporn membuat permohonan maaf. 

Polis terpaksa membentuk rantai manusia bagi melindungi wanita itu daripada diserang.

Dua anggota polis yang membawa Umaporn Sarasat, 43, keluar dan melutut di hadapan potret mendiang Bhumibol dan mengadakan upacara keagamaan, sebelum dibawa masuk semula. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.