6 Mangsa Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah


JOHOR BAHRU - Sebuah Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang berada di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah dilaporkan terbakar, jam 9 pagi ini, lapor Sinar Harian

Kejadian itu menyebabkan suasana hospital menjadi cemas dan kakitangan hospital bergegas menyelamatkan pesakit dan menempatkan mereka di tempat yang selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi, telah mengerahkan 10 anggotanya yang tiba di lokasi kejadian pada jam 9.05 pagi dan sehingga jam 10.45 pagi, bomba masih berusaha memadamkan kebakaran. 








Lapor Sinar Harian, terdapat mangsa yang terperangkap, bagaimanapun jumlah mangsa belum dapat dipastikan. 

Harian Metro pula melaporkan, keadaan perkarangan hospital dipenuhi pesakit yang sedang dipantau oleh jururawat dan doktor hospital HSA dan keadaan kini dilihat terkawal.




Senarai nama mangsa yang maut dalam kebakaran di HSA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan bahawa terdapat tujuh mangsa yang terperangkap.

Melalui laman Twitter rasmi Bomba mengesahkan, tujuh mangsa terperangkap dalam kebakaran itu di mana enam mangsa maut manakala seorang lagi masih hidup. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.