Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    (10 Gambar) 11 Kenderaan Kemalangan Di KM321 Lebuhraya Utara-Selatan PLUS


    TAPAH - 11 buah kenderaan termasuk sebuah lori terbabit dalam kemalangan di Kilometer 321 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, jam 10.30 pagi tadi, lapor Harian Metro

    Kejadian itu menyebabkan kesesakan lebuh raya sepanjang 10 kilomter selepas kesemua laluan ke selatan ditutup. 

    Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dan hanya tiga mangsa yang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan. 

    Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan dan semua kenderaan yang terlibat telah dialihkan. Laluan yang terjejas dibuka semula pada jam 12.15 tengah hari tadi.






    Foto - Netizen

    Dalam rakaman video dari unit ambulans yang dikerahkan ke tempat kejadian menunjukkan, masih terdapat pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri. 


    Justeru, netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beberapa pemandu yang terlibat. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.