2 Jantan Keparat Telah Ditahan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 44 tahun yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di dalam tren Putra LRT pada 8 November lalu telah ditahan polis, lapor Harian Metro. 

Lelaki berkenaan telah ditahan Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT) ketika berada dalam bas Rapid KL dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni, sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. 

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategi Prasarana, Lim Jin Aun berkata, pihaknya telah memaklumkan penahanan lelaki itu kepada mangsa. 

"Mangsa telah dimaklumkan mengenai penahanan lelaki terbabit. Rapid KL sentiasa komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpangnya," katanya. 

Sementara itu, seorang lelaki yang didakwa telah menumbuk tunangnya selepas berlaku peselisihan faham pada Isnin lalu, telah ditahan oleh polis, Jumaat lalu. 

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Petaling Jaya, jam 12.30 tengah hari. 

Dalam kejadian jam 12.25 malam (Isnin), mangsa mengalami bengkak teruk di bahagian mata, pendarahan dalam mata, patah tulang pipi dibelasah oleh tunangnya. 

Punca kejadian difahamkan kerana lelaki itu berang mangsa mahu mengikuti rombongan bersama rakan sekerjanya ke Janda Baik, Pahang. 

"Suspek tidak membenarkan tunangnya mengikuti rombongan itu. Namun mangsa tidak menuruti kemahuan lelaki terbabit. Gagal mengawal emosi, suspek bertindak menampar mangsa di bahagian bibir kirai, menumbuk mata kanan serta mencucuk paha wanita itu menggunakan kunci motosikal," kata sumber. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mengesahkan penahanan lelaki berkenaan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.