50 Jahitan, Bibir & Pipi Rabak Terkena Tombol Pintu


KAJANG - Seorang murid sekolah agama cedera parah di bahagian bibir hingga ke pipi kirinya akibat terkena tombol pintu, Khamis lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Kajang, Mohd Haziq Mohammad Nazi, 10, menerima lebih dari 50 jahitan di bahagian luar dan dalam. 

Menurut ibunya, Zamila Basir, 34, pada pagi hari kejadian dia memang sudah terasa tidak sedap hati mahu menghantar anaknya ke sekolah. 

"Dari awal pagi itu, memang tak sedap hati nak suruh dia pergi sekolah. Macam ada perkara yang tidak kena," katanya sebelum dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai kejadian itu. 

"Saya dimaklumkan oleh anak saya bahawa kakinya tersandung ketika bermain lalu terkena pada tombol pintu. 

"Namun, ada juga yang memaklumkan kawan anak tolak pintu terlalu kuat sehingga terkena pada anak saya," katanya. 

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan, sebelum memaklumkan kejadian itu pada ibu mangsa.

Mangsa menerima 50 jahitan di bahagian luar dan dalam. Dan difahamkan keadaannya kini sudah stabil namun masih trauma. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.