Alhamdulillah, Dah Jumpa!


KUALA LUMPUR - Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu, telah ditemui di perhentian bas, lewat petang semalam, lapor Harian Metro.

Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, telah ditemui selamat oleh abang kepada rakannya di perhentian bas di Ampang. 

Menurut bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, anaknya ditemui oleh Mohd Ismail Abdullah, 15, abang kepada rakan anaknya ketika dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya di Bukit Ampang. 

"Saya hanya mengetahui berita penemuan dia apabila dimaklumkan oleh bekas isteri kerana ketika itu saya tiada di rumah, sedang mencari anak di luar.

"Saya amat bersyukur kerana dia telah ditemui dalam keadaan selamat. Itu yang paling penting," katanya. - The Reporter

Artikel berkaitan:
'Saya merayu pada semua, tolong viralkan gambar anak saya yang hilang ini'

No comments

Powered by Blogger.