Anak Belasah Ibu Bapa Sendiri Kerana Beri Rumah Kecil Sebagai Hadiah Perkahwinan


HARBIN, CHINA - Tergamak seorang anak lelaki memukul kedua ibu bapanya di tempat awam hanya kerana tidak puas hati dengan hadiah perkahwinan yang diberi. 

Video insiden berkenaan viral di media sosial China menunjukkan lelaki muda itu memukul kedua ibu bapanya kerana menghadiahkan sebuah rumah pangsapuri yang kecil. 

Orang awam yang ternampak insiden itu segera meleraikan mereka. Selepas mengetahui punca kejadian, beberapa orang awam mula memukul anak yang tidak mengenai budi itu, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Lelaki berkenaan kemudian dibawa ke balai sebelum dia mendedahkan punca sebenar kejadian di mana dia begitu marah dengan kedua ibu bapanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.