Beli 5 Siri iPhone Dengan Wang Palsu RM8,400, Lelaki Dipenjara 7 Tahun


KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai makan dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah sesyen kerana menggunakan wang palsu RM8.400 lima iPhone pelbagai siri, hari ini, lapor Sinar Harian

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Mohamad Firdauded Mohd Pauzi, 26, selepas mengaku bersalah di atas kelima-lima pertuduhan tersebut. 

Mohamad Firdauded didakwa menggunakan sebagai tulen 68 not RM100 dan 32 not RM50 palsu pelbagai nombor siri dalam urusan jual beli iPhone 5, 5S, 6, 6S dan 6 Plus di antara 27 Februari dan 17 Julai lalu.

Urusan jual beli itu dilakukan sebanyak empat kali di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan satu kali di hadapan sebuah sekolah di Jalan Tok Guru, di sini. 

Lima dakwaan itu dijalankan secara berasingan masing-masing mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nuri Abd Rahman. 

Tertuduh mempunyai seorang anak berusia 8 tahun dan telah berpisah dengan isterinya. Difahamkan, anak kecilnya itu akan dijaga oleh ibu tertuduh sepanjang lelaki itu berada di dalam tahanan. 

No comments

Powered by Blogger.