Bersih 5 Gagal, Hanya 3% (15,500) Yang Berarak - Salleh


KUALA LUMPUR - Berasaskan jumlah 3% peserta Bersih 5 yang turun pada semalam menunjukkan kegagalan yang serius buat Tun Dr. Mahathir. kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, lapor mStar Online.

"Mereka yang berarak hari ini (semalam) hanya 3% dari perhimpunan Bersih tahun lepas iaitu 15,500 berbanding 500,000 tahun lepas yang didakwa Bersih," katanya. 

Salleh berkata, kesan daripada Tun Dr Mahathir dan kroninya menyertai Bersih menyaksikan jumlah peserta yang keluar turun hampir 97%. 

"Orang Melayu mengesan agenda peribadinya dan enggan turut serta dan beribu-ribu rakyat Cina Malaysia yang menyertai Bersih tahun lalu begitu mual melihat Mahathir terlibat, mereka duduk saja di rumah," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.