'Bila Isteri Tengah Diam, Jangan Kacau' - Nasihat Untuk Suami Yang Punyai Isteri Kuat Membebel


Suami tanya, kenapa aku kuat membebel? Kalau satu benda silap, macam buntut ayam mulut aku jadinya. Jadi, aku pun beri pencerahan. 

Aku kan perempuan, otaknya kompleks. Semua perkara nak fikir serentak. Walaupun aku nampak innocent saja ketika sedang membasuh periuk di sinki, tetapi aku sebenarnya sedang berfikir,
  • Kain dalam mesin basuh belum disidai
  • Hari nak hujan, nanti kain lembab
  • Kena keringkan di laundry shop
  • Sebelum pergi, kena masuk dinner dulu
  • Malam nanti nak masak ikan stim halia
  • Halia dah habis rasanya. Nak pergi cari sekejap lagi
  • Alang-alang dah pergi kedai, boleh beli tepung
  • Tapi minyak kereta dah nak habis, kena isi
  • Nak pergi Petronas di Sg Lalang atau Taman Ria?
  • Kalau pergi Taman Ria boleh beli air jagung
  • Air jagung dengan rojak buah best ni
Kau tengok! Itu baru part basuh satu periuk. Belum masuk lagi part basuh sudu. Ha, macam mana mulut tak pot pet? Jangan ganggu konsentrasi aku untuk berfikir dengan tenang. Haha! 

Jadi, bila isteri tengah diam, suami jangan kacau. Haha! - Dakota Dykia | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.