Budak 8 Tahun Maut Terjatuh Dari Koridor


JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan maut tergelincir dari tingkat atas flat empat tingkat kediamannya di Kulai, semalam, lapor Bernama.

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang semalam, mangsa, Loh Xiao Rou, murid tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai 1 telah keluar dari rumah tanpa pengetahuan bapanya yang pada ketika itu sedang sibuk membaiki siling rumah. 

Mangsa yang merupakan anak sulung dari tiga beradik sebelum itu diingatkan oleh bapanya agar duduk di rumah dan mengambil makan tengah harinya. Bagaimanapun perkara sebaliknya yang berlaku apabila mangsa tergelincir dari pagar koridor yang rosak apabila bapanya menyedari ketiadaannya. 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said mengesahkan kejadian itu. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat.

Laporan bedah siasat menyatakan, mangsa maut akibat kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

No comments

Powered by Blogger.