'Bukan Tak Mahu Tetapi Tak Mampu' - Ibu Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Masjid


KUALA LUMPUR - Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui di sebuah masjid di Jalan Melawati 5, Taman Melawati, hari ini. 

Bayi yang ditemui di dalam kotak kira-kira jam 7.45 malam di Masjid Al-Hidayah berserta dengan sekeping nota kecil dari ibu bayi berkenaan. 

Berdasarkan nota itu, bayi berkenaan baru dilahirkan hari ini, namun wanita berkenaan terpaksa meninggalkan bayi itu di masjid kerana tidak mampu menjaganya. 

"Bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. 

"InshaAllah jika punya jodoh, kita akan berjumpa," katanya.


Menurut sumber, bayi itu telah diazankan dan telah diserahkan kepada pihak hospital. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.