Cemburu, Mayat Remaja Lelaki Dikerat 10 Bahagian

(Gambar hiasan) Foto ceraian jasad Datuk Mazlan yang dipotong dalam kes Mona Fendi | Foto - NSTP

TANGKAK - Mayat seorang remaja lelaki ditemui dikerat 10 bahagian sebelum dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki. 

"Pemilik rumah yang sedang membersihkan rumahnya terhidu bau busuk sebelum menemui pergelangan kaki mangsa. Hasil siasatan awal menemui lima bungkusan plastik disumbat dalam saluran longkang di tepi rumah pengadu. 

"Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badannya, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya. 

Polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah tersebut. 

Polis sedang berusaha memastikan motif kejadian termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita. Mangsa juga dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.

Susulan laporan kejadian itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Kesemua anggota badan mangsa itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak. 

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga tampil bagi membantu siasatan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.