Difitnah, Ustaz Kazim Tuntut RM8 Juta & Mohon Maaf Dari Wanita Yang Dakwa Anaknya Dicabul


KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan terkini kes seorang pelajar tahfiz mendakwa dirinya dicabul pelajar senior dalam kejadian Ogos lalu, pengusaha pusat tahfiz berkenaan, Datuk Kazim Elias, tampil membuat tuntutan sebanyak RM8 juta daripada ibu pelajar berkenaan kerana telah melemparkan fitnah terhadapnya, lapor Malay Mail

Selain tuntutan RM8 juta itu, Kazim juga menuntut wanita berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar dan laman Facebook. Tuntutan tersebut haruslah dibuat dalam tempoh seminggu bermula dari tarikh serahan surat tersebut, menurut firma guamannya, Khairul, Suhaila dan Hazlina. 

Berdasarkan surat tuntutan bertarikh 18 November itu, Kazim mendakwa coretan wanita itu pada 2 Ogos lalu telah memfitnah dirinya dan pusat tahfiz miliknya sehingga menjejaskan reputasi kedua-duanya. 

Meskipun wanita berkenaan tidak menyebut nama dan sekolahnya, tetapi sebahagian dari ulasan Facebook menyatakan dengan jelas mengakibat Kazim dituduh seorang pedofil yang menggunakan sekolah untuk menarik pelajar dan mencabul mereka. 

24 Ogos lalu, polis mengesahkan menerima aduan pencabulan seks di pusat tahfiz berkenaan. Bagaimanapun di hujung Ogos lalu, Kazim tampil membuat penafian mengenai kejadian itu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.