(Foto & Video) Lin Dan Mengaku Curang Ketika Isterinya Hamil


BEIJING - Bintang badminton China, Lin Dan, mengakui berlaku curang ketika isterinya hamil. 

Terdahulu, gambar dan video Lin Dan bersama seorang wanita tersebar di media sosial yang menunjukkan mereka berpelukan di dalam bilik hotel. 


Detektif Zhao, penulis popular di laman Weibo mengenai gosip selebriti mendakwa, rakaman itu dibuat pada Oktober lalu. 

Wanita yang bersama Lin Dan itu dikenal pasti sebagai Zhao Yaqi, seorang model dan artis di China. 


Berikutan tersebarnya rakaman itu, Lin Dan segera memohon maaf dan mengakui tindakannya itu telah melukakan hati keluarganya.  

"Saya memohon maaf kepada mereka semua di sini," katanya dalam laman Weibo. 



Lin Dan dan isterinya, Xie Xingfang, yang juga bekas bintang badminton berkahwin pada 2012 dan dikurniakan bayi lelaki pada 5 November lalu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.