Gurauan Berapi


KLUANG - Padah bermain pemetik api ketika mengisi minyak, dua remaja lelaki nyaris terbakar apabila api menyambar tangki minyak motosikal dan nozzle, semalam. 

Dalam kejadian jam 3.45 petang di Stesen Petron Taman Makmur Kluang itu, salah seorang remaja terbabit sedang mengisi minyak motosikalnya, sementara dua rakannya bergurau menyalakan pemetik api berdekatan dengan tangki minyak motosikal itu. 

Gurauan rakannya itu mengundang padah apabila api mula menyambar motosikal dan serta merta mangsa mencampak nozzle tersebut. Panik dengan kejadian itu, beberapa rakannya pantas melarikan diri sementara mangsa pula cuba memadamkan api pada motosikalnya.

Tindakan pantas kakitangan stesen minyak tersebut berjaya memadamkan kebakaran kecil itu.

Video kejadian itu kini tersebar di media sosial dan telah ditonton 71,000 kali. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.