Mangsa Dibunuh & Mayatnya Dikerat 13 Kerana Tagih Hutang

Gambar kecil, Sofyan Lubis

JAKARTA - Seorang lelaki tergamak membunuh dan memotong mayat sepupunya sendiri kerana berang mangsa menagih hutang daripadanya, lapor Metrotabagsel.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.40 pagi, 24 Oktober lalu, mangsa, Sofyan Lubis, 43, menagih hutang dari Riko Lesmana, 41, di rumah. 

Tetapi suspek tidak dapat membayar hutang yang dipinta menyebabkan mangsa melemparkan caci maki sehingga melibatkan keluarganya.

Tindakan Sofyan itu menyebabkan suspek berang dan terus memukul kepala mangsa dengan sebatang besi sehingga mati. Panik melihat mangsa sudah tidak bernyawa, suspek merancang mahu melupuskan mayat sepupu kandungnya itu dan menghubungi Gusfari, pemandu Grab Car untuk 'membantunya' membawa mayat mangsa ke sebuah rumah sewa di Cipayung. 

Pada ketika itu, suspek memaklumkan kepada Gusfari bahawa 'mangsa' pengsan, bukan meninggal dunia. 

Sampai di rumah sewa tersebut, suspek kemudian menghubungi rakannya, Rudi Hartono, untuk menggali tanah di bahagian dapur. Sementara itu suspek memotong mayat mangsa kepada 13 bahagian. 

Selesai menggali lubang, suspek segera menguburkan mayat mangsa. Rudi pada ketika itu hanya tergamam melihat suspek menguburkan mayat mangsa. Suspek kemudian menutup lubang itu dengan simen. 

Riko Lesmana, dibawa ke lokasi kejadian
Bagaimanapun, perbuatan Riko itu terbongkar apabila kakak kepada mangsa berasa curiga adiknya menghilang. Wanita itu kemudian bertanya pada suspek di mana adiknya berada. Suspek hanya memberikan jawapan tidak tahu. Sehinggalah didesak berkali-kali, akhirnya lelaki itu mengakui telah membunuh mangsa kerana berang ditagih hutang.

Susulan itu, kakak mangsa membuat laporan polis dan polis serta merta menahan suspek bagi membantu siasatan. 

Polis juga mengorek semula 'kubur' mangsa di rumah sewa tersebut dan menemui beberapa bahagian mayat mangsa yang telah dipotong, selain turut menemui sebatang besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata membunuh mangsa bersama satu sendok, satu cangkul, satu garpu dan beberapa lagi barang yang lain.

Pemandu Grab dan rakan suspek, Rudi Hartono, juga disedang diburu polis. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.