Harga LPG Naik Tahun Depan, RM7 Setong?


KUALA LUMPUR - Selepas harga minyak masak dan petrol naik pada Selasa lalu, harga gas petroleum cecair (LPG) pula dilaporkan akan turut naik mulai tahun depan, lapor China Press (terjemahan Sinar Harian)

Menurut maklumat daripada peruncit, kenaikan harga LPG mungkin tidak akan berlaku pada tahun ini tetapi tetap akan naik selewat-lewatnya tahun depan dengan kadar kenaikan RM7 setong. 

Selain itu juga, ada dalam kalangan ejen penjual LPG turut memaklumkan, kenaikan harga LPG kali ini tidak mampu dielakkan lagi dan kini hanya menunggu masa untuk diluluskan dan diumumkan oleh kerajaan dalam beberapa bulan akan datang. 

Bagaimanapun, tinjauan wartawan China Press terhadap beberapa peruncit dan ejen penjual LPG di sekitar Lembah Klang dan peruncit mengesahkan mereka belum menerima sebarang maklumat berhubung kenaikan LPG seperti yang dilaporkan beberapa akhbar bahasa cina sejak dua hari lalu. 

Sekiranya harga LPG dinaikkan, pengguna sekali lagi terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan. Malah, peniaga makanan juga turut akan menaikkan harga jualan mereka. - The Reporter

Artikel berkaitan:
KPNDKK Nafi Harga LPG Naik RM7 Setong 2017

No comments

Powered by Blogger.