Ingin Bau Haruman Minyak Wangi Kekal Lama? Titiskan Di Lubang Pusat Anda - Pakar


Menggunakan minyak wangi adalah sebahagian dari rutin seharian bagi kebanyakan wanita dan lelaki yang menjaga penampilan diri sebelum keluar rumah.

Ramai pengguna yang menyembur atau menyapu minyak wangi di bahagian leher dan pergelangan tangan agar bau harumannya boleh kekal lama. Namun bagi pakar, cara itu sebenarnya adalah tidak betul. Sebaliknya minyak wangi perlu digunakan pada lubang pusat. 

Steven Claisse, pegawai senior di sebuah syarikat pengeluaran minyak wangi, Takasago, berkata, dengan menitiskan beberapa titisan minyak wangi pada lubang pusat boleh meningkatkan lagi kesan bau haruman minyak wangi. 

"Mana-mana bahagian badan yang boleh boleh meningkatkan haba badan akan meningkatkan lagi bau haruman minyak wangi. Lubang pusat adalah salah satu tempatnya," katanya. 

Ini kerana minyak wangi sepatutnya digunakan pada titik nadi dan itulah sebabnya ia digunakan pada leher dan pergelangan tangan. Haba badan yang datang dari titik nadi pada lubang perut juga adalah tempat yang sesuai untuk penggunaan minyak wangi. Malah bau haruman minyak wangi juga akan bertahan lama. 

Jadi, selepas ini anda boleh mengenakan beberapa titik minyak wangi di lubang pusat anda agar bau harumannya kekal lama. - The Reporter (sumber: Daily Mail)

No comments

Powered by Blogger.