'Jangan Percaya Sesiapa Walaupun Adik Beradik Untuk Jaga Anak Kita'


"Saya pernah diliwat dan dirogol oleh adik lelaki ibu saya sendiri ketika umur 8 tahun dan berlarutan sehingga saya berumur 13 tahun. Saya saja saya nak pesan kepada semua ibu bapa, jangan percaya sesiapa pun untuk jaga anak kita walaupun adik beradik kita sendiri," 

Ini kiriman e-mel yang saya terima pagi tadi, oleh salah seorang pembaca buku saya. Wanita yang meminta namanya dirahsiakan ini tergerak hati untuk e-mel saya selepas membaca satu perkongsian dalam buku itu yang betul-betul menyentuh perasaannya iaitu;

PEDOFILIA

Dalam e-mel tersebut, beliau ada ceritakan secara detail tentang peristiwa hitam yang masih jelas dalam kepalanya. Tetapi saya tak boleh kongsi keseluruhan ceritanya di sini, sebab saya yang baca pun menggigil. 

Tetapi saya nak kongsikan sedikit kronologi kejadian yang berlaku pada wanita malang ini agar boleh dijadikan sebagai iktibar kepada kita yang mungkin memandang remah tentang isu pedofilia. 

Menurut wanita berkenaan:

1. Kejadian bermula sekitar tahun 1994 ketika saya berusia 8 tahun. 

2. Adik lelaki ibu saya mendapat tawaran di kolej berhampiran dengan rumah kami. Jadi sejak dari itu, dia mula tinggal serumah dengan kami. Bagi ibu dan ayah, perkara ini biasa dan tidak salah. Lagipun dia adik beradik ibu saya. 

3. Semuanya berjalan seperti biasa sampailah saya perasan pakcik saya suka meriba saya di pangkuannya dan kerap memegang paha saya. 

4. Beberapa lama kemudian, dia lebih berani dengan mula memegang kemaluan saya dan saya juga disuruh memegang kemaluannya. Masa itu saya pernah nak beritahu tentang perkara itu kepada ibu tetapi pakcik kata, kalau beritahu ibu nanti kena marah. Lalu saya mendiamkan saja perkara itu. 

5. Bila ibu dan ayah tiada di rumah, pakcik akan mengajak saya tengok cerita-cerita lucah di biliknya dan lama kelamaan kami mula mengikut adegan-adegan lucah dalam cerita tersebut.

6/ Selain itu, pakcik saya suka mengambil gambar saya ketika manda. Masa itu guna kamera kodak saja. Sekarang saya tidak tahu gambar itu masih dalam simpanan dia atau sebaliknya. 

7. Semasa saya di darjah 4, saya mula diliwat dan dirogol oleh pakcik saya. 

8. Masa darjah 5, pakcik saya tamat pengajiannya dan berpindah ke tempat lain. Saya ingatkan kami tidak akan berjumpa lagi, tetapi saya silap sebab dia kerap datang menziarahi kami dengan alasan,

"Rindu keluarga kakak," 

9. Setiap kali dia datang ziarah, kami akan melakukan seks. Pada umur 12 tahun, saya mula sukakan perbuatan terkutuk itu dan ternanti-nanti kedatangan pakcik saya. 

10. Semuanya berakhir pada umur 13 tahun bila kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Kuching untuk mengikut ayah. 

11. Sekarang saya dan pakcik saya itu masing-masing sudah dewasa, kahwin dan ada anak. 

Kami selalu terserempak pada musim perayaan atau bila ada majlis di kampung. Pakcik saya itu akan buat tak tahu saja bila ternampak saya. Selamba dia berborak dan gelak-gelak, padahal dalam hati saya ini rasa nak ambil cangkul, bunuh dan tanam dia hidup-hidup. 

Rasa menggigil tak bila baca confession seperti ini? Perkara seperti ini kita tak sangka langsung boleh berlaku kan? Apatah lagi si durjana itu adalah adik kita sendiri dan mangsa pula adalah anak kita yang susah payah kita lahirkan ke dunia. Tetapi senang-senang saja orang boleh rosakkan. 

Apa yang menarik perhatian saya lagi, wanita malang ini ada kongsi tentang kesan kejadian pedofilia ini terhadap kehidupannya. And apparently pedofilia adalah satu malapetaka yang amat buruk dan memberi impak kekal sepanjang hayat kepada mangsa. 

"Walaupun sudah berpuluh tahun lamanya kejadian ini, tetapi perbuatan pakcik saya itu masih meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya dan saya rasa tidak adil bila melihat dia bahagia seperti tiada apa-apa berlaku!" katanya. 

Ini antara kesan-kesan pedofilia yang dikongsikan oleh wanita berkenaan:

KESAN JANGKA MASA PENDEK

1. Saya takut dengan semua orang dewasa sehingga ada yang kata saya kurang ajar sebab tak nak bersalaman bila berjumpa.

2. Saya kuat memberontak, agresif tak tentu hala, cakap kasar dan suka mencederakan diri. Saya pernah menghentak kepala ke dinding sambil menangis. 

3. Badan saya selalu lemah dan kerap jatuh sakit. Ibu dan ayah pun hairan bila saya selalu ponteng sekolah sebab tak sihat. 

4. Saya selalu menghadapi gangguan tidur dan mimpi buruk.

5. Masa awal peringkat dirogol, saya hilang selera makan sehingga berat badan turun mendadak dan pernah warded di hospital. 

7. Prestasi akademi saya merosot sebab langsung tidak dapat fokus dan selalu mendapat kelas paling hujung sehingga tamat persekolahan. 

8. Saya sentiasa dalam trauma dan mengalami kemurungan yang melampau sampai tiada orang yang mahu berkawan dengan saya. 

KESAN JANGKA MASA PANJANG (DEWASA)

1. Saya menjadi seorang yang panas baran dan sukar dikawal.

2. Emosi saya tak keruan dan selalu dikatakan gila sebab kejap gelak kuat, kejap lagi menangis. Seperti ada orang lain dalam diri saya. 

3. Zero self-esteem. Saya langsung tak boleh eye contact dengan orang lain. Takut dan rasa diri ini hina sangat.

4. Paling menyedihkan, saya bukanlah isteri dan ibu yang baik seperti wanita-wanita lain. Mungkin disebabkan kemurungan, trauma dan panas baran yang melampau dalam diri saya. Tetapi jauh di sudut hati saya sebenarnya sayang suami dan anak-anak. 

5. Saya tidak pandai berkomunikasi dan anti sosial tahap kronik. Saya kahwin dengan suami pun sebab dijodohkan oleh ibu bapa. 

Allahuakbar. Such a wake up call for all of us kan? Mungkin selama ini kita terlalu leka dan lupa berwaspada tentang isu ini. 

Dulu isu pedofilia ini kurang diberi penekanan sebab mungkin tiada kesedaran dan belum ada teknologi seperti hari ini. Tetapi sekarang, No Excuse! Semua ibu bapa kena berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga serta cari ilmu pengetahuan mengenai perkara ini. 

Tolonglah ibu bapa, banyakkan membaca dan ambil tahu. Jangan bila sudah terjadi sesuatu, baru mengelabah nak pusing balik masa. Na'uzubillah. 

Kepada yang pernah menjadi mangsa pedofilia, please be emotionally strong to heal yourself. Cari mana-mana pakar psikiatri yang boleh merawat anda and bring back your mental health. 

Saya tahu bukan mudah untuk melupakan, apatah lagi memaafkan tetapi cubalah untuk berbuat demikian. Bukan untuk si durjana itu tetapi untuk diri sendiri dan jiwa anda kerana semua jiwa berhak merasa bahagia. 

Kepada yang menulis e-mel ini, saya berharap saya dapat beri pelukan kepada awak. Terima kasih kerana sudi berkongsi tentang hal ini dengan kami. Just please keep smiling, move on and be happy with your current life. Allah ada dan Allah sayangkan awak. Mengadulah pada Dia setiap kali awak rasa lemah. Kami yang membaca kisah ini pun akan turut bersama-sama mendoakan. InshaAllah. 

Kepada ibu bapa di luar sana, pastikan anda peka dengan kes-kes seperti ini dan penuhkan diri anda dengan pengetahuan mengenai perkara ini. Ambil pengajaran daripada kisah ini dan jangan biarkan ia terjadi pada keluarga kita. 

Semoga Allah melindungi anak-anak keluarga kita semua. Ameen. - Adlil Rajiah | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.